Pada hari bulan Ogos yang lalu sebelum menjejak kaki ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), saya telah melancong ke negara Australia bersama keluarga pada 9 Ogos 2019. Pada hari pertama sebelum pergi ke negara tersebut, saya telah bertolak dari negeri asal saya iaitu Kelantan dengan menaiki kapal terbang(MALAYSIA AIRLINE) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Semasa ketibaan di lapangan terbang tersebut, kami sekeluarga terpaksa menunggu masa selama 5 jam untuk bertolak ke Australia. Apabila tiba masanya, kami telah menaiki kapal terbang(SINAGAPORE AIRLINE) ke Singapura untuk transit ke Australia. Penerbangan dari Singapura ke Sydney Australia telah mengambil masa selama 7 jam lebih.
Sydney Opera House
Pada keesokan hari, iaitu pada pukul 6 pagi di Sydney, kami tiba di Lapangan Terbang Sydney dengan selamat. Setibanya kami tiba, kami sekeluarga berasa sejuk kerana pada masa itu ialah musim sejuk. Sebelum melancong ke tempat yang menarik, kita terus pergi ke Hotel untuk "check-in" dan rehat sementara kerana letih dan penat semasa di atas kapal terbang selama 7 jam. Selepas itu, agak-agaknya pukul 12 petang lebih, kami pun menaiki Bas Persiaran di Sydney ke destinasi pertama iaitu Sydney Opera House yang sebelum ini hanya boleh menonton melalui televisyen yang bertema "Finding Nemo". Apabila tiba di tempat tersebut, reka bentuk bangunan yang cantik telah menarik kami untuk mengambil gambar sekeluarga dengan bangunan tersebut. Pada malamnya di restoran Sydney, saya telah memesan daging Kangaroo untuk mencabar diri sendiri kerana tidak pernah makan sebelum ini. Setelah makan, saya berasa sangat sedap dan rasanya sama seperti daging lembu.
Sydney Harbour Bridge
Pada hari ketiga, kita bangun pagi dengan awal dan mengadakan sarapan pagi yang disediakan oleh hotel di Lobby. Selepas itu, bas persiaran pun telah sampai di pintu depan hotel, kami menaiki bas tersebut dan menuju ke arah tempat yang menarik iaitu Sydney Harbour Bridge. Di sana, kita dapat melihat Jambatan yang menarik kerana ia diperbuat daripada keluli dan dibina pada 19 Januari 1932. Kita pun berjalan di atas Jambatan Sydney Harbour yang berpanjangan 1149m dan berketinggian 134m. Perjalanan di atas jambatan dapat melegakan hati kita dan berasa sangat relax. Selepas merayau-rayau , kita terus menuju ke Sungai Sydney untuk menaiki feri dan mengadakan sarapan malam di atas feri itu.
Victoria Street
Pada hari keempat, kami bersedia untuk berlepas dari Sydney ke Melbourne dengan menaiki kapal terbang (Jetstar). Pada pukul 10 pagi, kami pun telah tiba di Melbourne dan disambut dengan meriah daripada sepupu-sepupu kami yang menetap di sana. Mereka membawa kita untuk menginap di rumah mereka dan berehat sementara. Selepas berehat, mereka membawa kita pergi ke Victoria Street untuk membeli-belah. Di sana, kita telah membeli banyak produk asli tempatan termasuk madu, buah-buahan, cenderamata, dan lain-lain. Selepas itu, kami juga pergi ke Fish Market Melbourne untuk melihat pelbagai ikan yang tidak pernah lihat di negara kita.
Pada hari kelima dan juga merupakan hari terakhir, penerbangan kami akan bertolak pada siang pagi pada pukul 12. Kami bangun dengan awal dan pergi ke Zoo Negara Melbourne yang terkenal untuk melihat kangaroo, koala Bear, kambing biri-biri, dan lain-lain. Seterusnya, kami bertolak ke Philip Island untuk melihat pemandangan di sana dan penguin. Oleh sebab ketiadaan masanya, kita terpaksa bertolak awal untuk pergi ke Lapangan Terbang Melbourne dan mengadakan sarapan malam di Lapangan Terbang. Apabila tiba masanya untuk berlepas, kita pun berlepas dari Melbourne ke Singapura dan transit ke Malaysia.
Sepanjang masa di Australia, saya berasa sangat gembira dan teringin-ingin untuk melancong ke negara ini lagi pada masa yang akan datang. Jika boleh, saya ingin menuntut ilmu dan sambung degree di sana apabila universiti saya (UKM) menawarkan program pertukaran pelajar. Negara Australia merupakan negara yang aman dan damai dan dapat menarik orang ramai untuk pergi ke sana. Suasana di sana juga sangat relax dan menyenangkan.
Sekian Terima Kasih!