Pada 2 September 2019, hari itu merupakan hari yang terpenting sekali dalam kehidupan saya kerana ia adalah kali pertama saya melangkah kaki ke Universiti! Sebelum memasuki ke UKM, saya merupakan seorang bekas pelajar STPM dari Sekolah SMJK Chung Hwa , Kelantan. Pada hari tersebut, saya menaiki kereta dari Kuala Lumpur dan mengambil masa selama 45minit baru sampai ke UKM,Bangi. Saya berasa gembira kerana mendapat tawaran dari UKM yang saya minati iaitu Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian. Semasa ketibaan di UKM, saya bersamaan keluarga saya terus menuju ke arah tempat kediaman iaitu Kolej Aminuddin Baki yang berdekatan dengan Fakulti Ekonomi & Pengurusan. Pada masa itu, ahli keluarga saya tolang angkat barangan keperluan ke bilik saya dan pada masa yang sama saya pun kenal rakan sebilik saya yang bernama Gan Soon Hou dari Pahang.
Pada minggu pertama, UKM akan mengadakan Minggu Mesra Mahasiswa yang juga dikenali sebagai orientation untuk merapatkan perpaduan dan rakan-rakan. Dari hari Isnin hingga Jumaat, senior kami telah memberi pelbagai manfaat kepada kita dan berasa menarik kerana dapat sertai pelbagai aktiviti yang disediakan oleh UKM. Kafe yang terdapat di UKM juga lazat terutamanya di Kolej Aminuddin Baki. Kadang-kadang saya juga akan menaiki Bas untuk mengelilingi di UKM. Apabila sampai sesi pembelajaran, saya membawa rasa ingin tahu kerana tidak pernah belajar di dalam Dewan Kuliah yang begitu besar. Saya berasa sangat gembira dan akan terus untuk belajar bersungguh-sungguh agar mencapai keputusan yang cemerlang!
Kemudahan yang terdapat di UKM:
-Perpustakaan
-Pusat Sukan
-Tempat Kediaman
-Kafe
-Kumudahan-kemudahan awam seperti Bas ( ZONE 2,3,6)
-KTM UKM ( link ke Midvalley)