Tuesday, 31 December 2019

Makanan Kegemaran Saya



Semua makanan membuat saya berasa sangat gembira, tetapi makanan kegemaran saya ia telur. Telur bahan yang mudah, boleh dibeli, ialah sungguh murah, dan boleh dimasak dengan banyak cara. Mereka boleh direbus, dikukus dan digoreng. Semua telur sangat sedap, tetapi saya paling suka telur dimasak dengan dua cara.
Satu, chawanmushi Jepun, telur dikukus dalam cawan. Chawanmushi licin sekali, dan stok supnya kaya dan sedap. Ia ada banyak bahan sedap: Ayam, ketam dan jamur. Saya mesti makan chawanmushi setiap waktu saya makan makanan Jepun.
Dua, telur digoreng dengan wain beras, dimasak oleh kakak saya. Apabila kita pergi ke rumah datuk. Hidangan ini adalah aromatik dan sungguh sedap. Semua orang di keluarga saya suka makan hidangan ini, begitu juga datuk saya.

Kerja Part-time Saya



Setiap hujung minggu sebelum saya belajar di UKM saya berada kerja part-time. Jenis-jenis kerja yang saya telah buat adalah: promoter, merchandiser, waitress dan menolong ayah saya di kedai.
Kerja saya saya pertama buat adalah promoter berbuk cuci branded “TOP”. Buat pertama kali saya berasa seronok kerana dapat menyandang jawatan setaraf dengan kelulusan saya. Kali pertama saya bekerja saya berasa takut dan penat. Walaupun tegas tetapi saya berasa sangat gembira dan berbaloi.
Saya dapat belajar banyak dari kerja part-time, contohnya cara bercakap dengan customer dan belajar cara menarik perhatian customer. Saya berasa gembira semasa dapat bayaran gaji kali pertama.Walaupun sekarang saya sedang belajar di UKM tetapi saya juga akan mencari perluang untuk mendapat kerja part-time.

Rumah Impian Saya




Rumah merupakan tempat perlindungan daripada hujan dan panas. Selain itu, rumah juga merupakan tempat untuk kita merehatkan diri.


Rumah impian saya ini akan dibina dengan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti.  Penggunaan bahan yang berkualiti akan memastikan rumah ini kemas dan kukuh. Rumah ini akan menjadi lebih lengkap dengan halaman yang luas.

Rumah ini mempunyai pelbagai kelengkapan. Sebuah bilik bacaan yang dilengkapi dengan rangkaian tanpa wayar akan diwujudkan. Di dalam bilik bacaan ini juga akan ditempatkan buku, surat khabar dan majalah. Seluruh keluarga akan memanfaatkan kelengkapan ini.

Kawasan rumah saya ini juga mempunyai kebun buah-buahan yang luas. Beberapa batang pokok mangga dan pokok rambutan akan di tanam dikawasan kebun ini.

Cita-cita Saya



Setiap manusia mempunyai minat dan cita-cita. Saya juga begitu. Sudah lumrah manusia bercita-cita inginkan sesuatu. Saya ingin menjadi seorang ahli perniagaan. Saya mahu memasuki subjek perniagaan berkaitan untuk mencapai cita-cita saya. 

Saya mempunyai cita-cita ni sejak kecil lagi. Saya belajar membeli dan  menjual dengan datuk saya apabila saya berusia 5 tahun.Dari situ, dia seorang perniaga kedai runcit dan saya sentiasa menolong dia di kedai.

Ibu bapa saya sentiasa menyokong dalam apa jua bidang yang saya ceburi. Jadi, itu tidak menjadi penghalang buat saya malah mereka menjadi tulang belakang saya untuk terus mara menggapai kejayaan. Saya tidak mengharapkan penganugerahan dan penghormatan yang tinggi menjulang sebaliknya saya ingin membuktikan yang saya sama hebat seperti orang lain. 

Harapan saya semoga saya dapat membuktikan cita-cita dan impian saya ini kepada semua masyarakat. Saya bukan ingin membangga diri tetapi saya yakin bahawa apa yang saya katakan pada hari ini tidak mustahil akan terjadi suatu hari nanti.

Roommate Saya


Pada hari pertama kemasukan ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), saya telah kenal roommate saya yang bernama Gan Soon Hou dari Kemayan,Pahang. Kami telah tinggal di Kolej Amminuddin Baki (KAB). Setiap hari kita akan makan bersama dan pergi ke fakulti bersama-sama. Pada setiap malam, kami akan berbincang pelbagai topik yang berkaitan dengan masa depan kami. Apabila saya menimpa sebarang masalah, dia akan membantu saya untuk meyelesaikan masalah tersebut. Saya sangat gembira kerana telah menimpa roommate yang baik!

Hari Keputusan STPM


Pada tahun yang lepas, aku dan rakan-rakanku pergi ke sekolah dengan menaiki kereta sendiri. Tujuan kami ke sekolah adalah untuk mengetahui keputusan STPM yang akan diumumkan pada hari tersebut. Kami berasa tidak sabar lagi untuk mengetahui keputusan STPM lalu terus masuk ke dalam dewan sekolah. Di dewan, kami melihat ramai pelajar yang telah hadir. Tidak lama kemudian, keputusan STPM telah diumumkan oleh pengetua. Aku berasa sungguh gementar, apatah lagi apabila melihat pelbagai memek muka kawan-kawanku apabila keputusan STPM mereka diumumkan seperti gembira, sedih, cemas dan lain-lain lagi. Sebaik sahaja namaku disebut, aku berasa sungguh gembira kerana aku mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 3.75!



Kucing Saya


Terdapat pelbagai jenis haiwan peliharaan di dunia. Antaranya anjing, kura-kura, arnab, burung dan lain-lain. Semua orang mempunyai haiwan peliharaan masing masing. Haiwan peliharaan saya adalah dua ekor kucing yang cantik. Pada tahun lepas, saya telah membeli dua ekor kucing yang cantik. Nama mereka ialah Leo ( berwana gold) dan Caspher ( berwarna putih).Saya akan memandikan mereka dua kali seminggu.  Saya menggunakan syampu khas untuk kucing. Mereka peka dengan persekitaran. Ia sering bergerak dari suatu tempat ke tempat lain.

Cuti Bersama Kawan di Pulau Pinang






Pada tahun 2018 selepas saya tamat STPM, saya telah pergi bercuti di Pulau Pinang dengan kawan saya. Kita bertolak dari Kota Bharu ke Pulau Pinang dengan menaiki bus pada waktu malam. Perjalanan dari Bas Kota Bharu telah mengambil masa sebanyak 5 jam lebih. Semasa tiba di destinasi, kita pun telah tinggal di rumah sepupu saya yang dapat menjimatkan kos penginapan. Di sana, kita juga telah sewa sebuah kereta bagi memudahkan kita pergi main-main. Kita akan bercuti di sana selama 4hari3malam. Kita telah pergi ke tempat pelancongan yang menarik dan mengambil beberapa gambar. Di sana juga pelbagai makanan seperti nasi goreng, laksa penang, char kuey teow dan lain-lain.

Friday, 20 December 2019

Cuti Bersama Kawan di Perak

Pada tahun 2016 selepas saya tamat SPM, saya pergi bercuti di Perak dengan kawan saya. Kita bertolak dari Kota Bharu, Kelantan ke Perak. Perjalanan dari Bas station Kota Taiping cuma memakan masa lebih kurang 7 jam. Taman Tasik Taiping adalah sebuah bekas lombong bijih timah. Taman seluas 62 hektar ini menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara untuk melawat Taiping. Taman ini merupakan taman tasik yang paling awal dijadikan taman rekreasi di Malaysia dan telah diiktiraf sebagai taman awam yang terindah di Malaysia.

Pengenalan Diri Saya


Nama saya ialah Lim Jun Jie tapi ramai panggil saya Jun Jie atau JJ. Saya lahir pada 15 Oct 1999 di Kota Bharu Kelantan dan saya berusia 20 tahun. Kini saya meneruskan pengajian saya di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan dan Pengurusan. Saya memilih Universiti Kebangsaan Malaysia kerana Universiti Kebangsaan Malaysia mempunyai akademik yang baik dan kemudahan transport yang mudah. Oleh itu, UKM merupakan antara sebuah institusi pendidikan awam yang terbaik di Malaysia. Maka, di sini juga saya terdapat ramai kawan.

Monday, 16 December 2019

Citra Sukan Berenang

Semasa di UKM, saya telah mengambil citra sukan berenang. Saya suka akan sukan ini adalah kerana saya ingin belajar bagaimana untuk berenang. Kelas berenang ini akan diadakan pada setiap selasa iaitu dari pukul 5-7pm. Sepanjang masa berenang, saya telah mempelajari banyak ilmu tentang renang dan juga belajar berenang. Pada minggu ke-14, kita akan mengadakan satu percubaan bagi setiap pelajar untuk bentang tentang manfaat berenang. Saya sangat gembira kerana saya tahu bagaimana untuk berenang dan di sini juga saya kenal ramai kawan yang pelbagai kaum.

Monday, 9 December 2019

HOBI SAYA

Hobi merupakan aktiviti yang dilakukan pada setiap masa lapang . Setiap orang  mempunyai hobi yang menarik seperti membaca buku, bermain sukan , memasak dan lain-lain. Hobi saya ialah bermain permainan komputer . Saya menjadikan aktiviti bermain permainan komputer sebagai hobi kerana ia akan mengurangkan tekanan saya apabila menimpa pelbagai masalah dari segi pembelajaran. 

Saya mula minati permainan sejak saya berumur 12 Tahun. Walaupun bermain permainan komputer telah mendatangkan pelbagai kesan negatif, jika kita dapat mengatur masa ia sememangnya membawa pelbagai kesan positif kepada kita. Terdapat banyak permainan komputer yang saya minati seperti Dota2, PlayerUnknown's Battleground (PUBG), dan Counter Strike. 










Makanan Kegemaran Saya

Semua makanan membuat saya berasa sangat gembira, tetapi makanan kegemaran saya ia telur. Telur bahan yang mudah, boleh dibeli, ialah s...