Setiap manusia mempunyai
minat dan cita-cita. Saya juga begitu. Sudah lumrah manusia bercita-cita
inginkan sesuatu. Saya ingin menjadi seorang ahli perniagaan. Saya mahu
memasuki subjek perniagaan berkaitan untuk mencapai cita-cita saya.
Saya
mempunyai cita-cita ni sejak kecil lagi. Saya belajar membeli dan menjual dengan datuk saya apabila saya
berusia 5 tahun.Dari situ, dia seorang perniaga kedai runcit dan saya sentiasa
menolong dia di kedai.
Ibu
bapa saya sentiasa menyokong dalam apa jua bidang yang saya ceburi. Jadi, itu
tidak menjadi penghalang buat saya malah mereka menjadi tulang belakang saya
untuk terus mara menggapai kejayaan. Saya tidak mengharapkan penganugerahan dan
penghormatan yang tinggi menjulang sebaliknya saya ingin membuktikan yang saya
sama hebat seperti orang lain.
Harapan
saya semoga saya dapat membuktikan cita-cita dan impian saya ini kepada semua
masyarakat. Saya bukan ingin membangga diri tetapi saya yakin bahawa apa yang
saya katakan pada hari ini tidak mustahil akan terjadi suatu hari nanti.
No comments:
Post a Comment